Monday, July 31, 2017

Dnaz : Aku Tetap Sayang


(RANGKAP 1) 
Ingin aku meluah rasa , 
Agar engkau tahu segala , 
Aku letih menafi bicara , 
Aku lemah bermain kata , 
Dahulu memang kita bahagia , 
Dahulu segalanya indah bermakna ..  

(RANGKAP 2) 
Sering aku terfikir juga berharap , 
Namun aku takut erti kecewa , 
Aku takut jika aku silap , 
Menanti kamu semata demi cinta .. 

 (RANGKAP 3) 
Benar, Aku tetap sayang.. 
Bukan aku tak sayang , 
Cuma aku mahu kamu tahu , 
Bahawa aku seorang wanita , 
Aku impikan sebuah istana bahagia , 
Bahagia berjaya dengan sempurna , 
Bukan cerita yang sia-sia ..  

(RANGKAP 4) 
Namun aku tetap sayang .. 
Disetiap noktah janji kita , 
Masih aku ingat masih lagi kuat , 
Mungkin kau sangka kau rasa , 
Aku seolah sudah berubah , 
Tapi tak mengapa walau apa kau kata , 
Biarpun mulut ku katakan benci , 
Hati yang satu , tiadanya ganti .. 

(RANGKAP 5) 
(CHORUS : ULANG 2X ) 
Selamanya aku tetap sayang .. 
Aku disini masih begini , 
Aku menanti sang pelangi , 
Walau sejauh mana kau dan aku , 
Walau sedalam mana rasa rindu , 
Yakinilah aku selalunya ada , 
Menantikan sambungan kisah kita .. 

 (RANGKAP 6) 
Jika benar semua yg dikata , 
Aku yang terawal dan yang terakhir , 
Akan ku tunggu tibanya waktu , 
Kamu datang untuk aku ..  
Jika benar semua yg dikata , 
Aku yang terawal dan yang terakhir , 
Akan ku tunggu tibanya waktu , 
Kamu datang untuk aku ..  

(RANGKAP 7) 
Aku tetap menyayangimu .. 
Aku kekal menjadi milikmu ..  
Hati janji, tiadanya ganti, 
Sampai mati aku tetap sayang ..  
Jika benar semua yg dikata , 
Aku yang terawal dan yang terakhir , 
Akan ku tunggu tibanya waktu , 
Kamu datang untuk aku ..  
Aku tetap menyayangimu .. 
Aku kekal menjadi milikmu ..  
Hati janji, tiadanya ganti, 
Sampai mati aku tetap sayang ..  

Hasil Nurkilan : DaengNieyaZara

Dnaz : Untuk Kamu

(RANGKAP 1)
Memang benar ku mengaku ..
Tidak mampu aku menipu ,
Menafikan diri tentang hati ,
Ku akui ..

(RANGKAP 2 & CHORUS)
Aku merindui sesuatu ,
Senyuman dan suara itu ,
Yang dulu pernah ada , 
Tibanya hilang selamanya ..

*(ULANG 2X CHORUS)

(RANGKAP 3 & CHORUS)
Tanpa aku rela ,
Tanpa aku bersedia ..
Namun aku pasrah ,
Tanpa lelah aku berdoa ..

*(ULANG 2X CHORUS)

(RANGKAP 4)
KepadaMu Maha Pencipta ,
Hadirkan pengganti dirinya ,
Untuk aku jaga ,
Dengan penuh indah ..

(RANGKAP 5)
Aku mengerti siapalah aku ,
Jika aku tak mampu miliki ,
Cukuplah sekadar dia tahu ,
Aku akan ada disetiap waktu ,
Disaat dia perlukan aku ..
*(ULANG 2X)

(RANGKAP 6)
Melangsaikan segala janji ,
Yang terikat selama ini ..
Kini kau hadirkan dia ,
Menjadi pengubat luka ,
Yang terpendam lama ,
Dan sejujurnya aku kembali ,
Tersenyum bahagia lagi ..

(RANGKAP 7)
Aku disini setia menanti ,
Menaruh sesuatu yang belum pasti ,
Namun aku yakin aku percaya ,
Pasti akan ada cerita kita ..

*(ULANG 3X SAMPAI HABIS)

Dnaz : Sebenarnya Rasa

Aku sedar tentang segalanya , Bukan aku sengaja , Kadang aku terleka aku terlupa , Ku menyakitimu tanpa rela .. Aku sedar aku tahu , Se...